Video: Hari Ini Dalam Sejarah, Lagu Rasmi UMNO, PAS Berkumandang Di PWTC

KUALA LUMPUR – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi tumpuan orang ramai sempena Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) hari ini mencatat sejarah yang tersendiri apabila lagu rasmi UMNO dan PAS bergema di Dewan Merdeka.

Julung kali lagu rasmi UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dan PAS ‘Berjihadlah’ berkumandang bersama yang menandakan bermulanya acara ke arah kemuncak Himpunan Penyatuan Ummah dan pemasyuhan Piagam Muafakat Nasional.

Lautan manusia yang membanjiri seluruh pelusuk pekarangan PWTC dengan baju putih memenuhi ruang menyaksikan kawasan berkenaan cukup padat dan masing-masing sama-sama menyayikan lagu rasmi kedua-dua parti berkenaan yang sebelumnya dimulakan dengan lagu Negaraku.

Setiap sudut PWTC dipenuhi dengan pelbagai golongan baik muda, tua, anak-anak, remaja dan sebagainya yang penuh tekun dan bersemangat mendengar ucapan dan amanat daripada pimpinan parti sambil diselang seli laungan Takbir… ‘Allaauakhbar’. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.