Video: Shafee Yang Tawar Diri, Teringin Jadi Peguam Negara – Tun M

Shuhaniza Said

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal kenyataan peguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa bahawa beliau yang mahukannya mengetuai pasukan pendakwa raya dalam kes rayuan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sebaliknya kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, Shafee sendiri yang menawarkan diri untuk mengetuai  pasukan pendakwa raya kes rayuan liwat Anwar.

“Shafee mahu sangat jadi Peguam Negara. Dia jumpa saya, dan saya cakap kalau dia rasa dia boleh menang dia jumpalah (Datuk Seri) Najib,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PPBM di Menara Yayasan Selangor di sini, petang tadi.

Mahathir juga menafikan kononnya beliau tidak yakin Pejabat Peguam Negara dapat mengendalikan kes tersebut secara cekap, sebaliknya mendakwa Shafee yang menyuarakan kebimbangannya mengenai kekalahan kerajaan pada masa itu. 

“Dia kata Peguam Negara masa itu akan kalah dalam kes Anwar,” katanya lagi. 

Shafee mula ‘bersuara’ selepas sebuah portal berbahasa Inggeris dalam laporannya menyebut Pegawai Tugas Khas Pejabat Peguam Negara mengemukakan afidavit ke Mahkamah Rayuan yang didakwa menunjukkan bahawa mantan Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam itu, masing-masing pada 11 September 2013 dan 14 Februari 2014 sebagai balasan menjadi Pendakwa Raya dalam rayuan kes liwat II Anwar. -SuaraTv

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.