Tak Perlu Tangguh Pemilihan PKR – Anwar Ibrahim

AYER KEROH: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan parti yang sedang berlangsung ketika ini tidak perlu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Beliau berkata, ini kerana tempoh berkempen untuk pemilihan kepemimpinan PKR sejak sebulan lalu memadai untuk calon dinilai oleh ahli parti.

“Cadangan Shamsul (Iskandar) itu ditolak (tergelak). Bagaimanapun, cadangan itu baik tetapi saya fikir tempoh berkempen (Pemilihan PKR) sudah di peringkat akhir dan tumpuan masih boleh diberikan pada PRK Parlimen Port Dickson,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi.

Beliau mengulas cadangan Naib Presiden PKR yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini, yang mencadangkan supaya pemilihan di semua peringkat kepemimpinan parti itu ditangguhkan sementara bagi memberi laluan kepada PRK Parlimen Port Dickson.

Untuk rekod, pemilihan kepemimpinan PKR akan bermula 22 September ini hingga 21 Oktober depan.

Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Agenda Malaysia Baharu di MITC yang turut dihadiri Shamsul Iskandar bersama 1,000 pemimpin dan ahli PKR negeri.

Beliau turut mengadakan perjumpaan tertutup bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Adly Zahari di lokasi sama.

Sementara itu, mengulas mengenai kesediaan beberapa pihak yang ingin membantunya berkempen di PRK Port Dickson, Anwar secara terbuka menyambut baik hasrat berkenaan.

“Kita ada jentera PRK sendiri. Bagaimanapun, saya sedia menyambut sesiapa saja yang ingin membantu.

“Tidak kira sama ada daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) atau PAS, saya sedia menerimanya,” katanya yang mengulas kesediaan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menawarkan diri berkempen untuk Anwar pada PRK di Port Dickson.

Selain Nazri, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut dilaporkan bersedia untuk membantu kempen Anwar di Port Dickson.

Ditanya mengenai tahap kesihatan beliau untuk berhadapan dengan PRK terbaharu itu, seterusnya bakal Perdana Menteri kelapan, Anwar menegaskan bahawa tahap kesihatannya semakin baik.

“Saya tak ada masalah kesihatan kerana (niat) untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya hanya memerlukan rawatan fisioterapi sekali seminggu. Itu tidak akan menjejaskan khidmat bakti saya kepada rakyat,” katanya.

Semalam, NSTP melaporkan Anwar akan bertanding di Parlimen Port Dickson, dalam usaha PH mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding PRK pada sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam. – BERITA HARIAN

3 thoughts on “Tak Perlu Tangguh Pemilihan PKR – Anwar Ibrahim

  • September 17, 2018 at 9:54 am
    Permalink

    anwar lebih cakap dari PM? apa perlunya media kejar2 anwar?kemaruk sgt kah? ada rezeki adalah nanti…tiada rezeki pastinya tiada peluang? media pun bodoh bangang tiada kerja cari publisiti murah? media bodoh dari unta dari kayu? masa ni buat Tun M dan kabinet urus tadbir.. anwar duk dia lah awak..takyah sibuk2 lebih sudu dari kuah? tak malukah awak dulu lagi jahat teruk ? rasanya rezeki awak tiada? ramai lagi yg muda2 berwawasan bolih pacu negara ini dari awak? pulih orang2 muda yg bijak layak ? awak bukan pilihan kami rakyat malaysia? faham kah? awak bukan yg kami mahu? dah lah duk diam2 je ya?

    Reply
  • September 17, 2018 at 9:56 am
    Permalink

    awak tak layak pun? lagi bermasaalah…biar rakyat pulih yg lain lebih jujur ikhlas ramai lagi pilihan yg semestinya bukan awak pun…..

    Reply
  • September 17, 2018 at 9:57 am
    Permalink

    dah kemaruk sangat ya…takyah perasan lah …buang masa jer

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.