Remaja 14 tahun rogol nenek 83 tahun

SHAH ALAM – Seringkali berita yang tersebar mengenai serangan seksual adalah membabitkan pelaku orang dewasa kepada kanak-kanak yang dipanggil pedofilia.

Namun berbeza dengan laporan terbaru yang berlaku di Amerika Syarikat, apabila seorang remaja yang hanya berumur 14 tahun merogol seorang nenek berusia 83 tahun.

Remaja itu ditahan apabila dipercaya membunuh nenek selepas merogolnya pada Ogos yang lalu.

Menurut pihak berkuasa, kes remaja berkenaan akan dikendalikan sebagai kes orang dewasa.

Menurut rekod, jiran kepada mangsa, Dorothy Mae Neal telah menghubungi pihak berkuasa pada 29 Ogos setelah mereka mendapati tiada kelibat mangsa di luar rumah untuk beberapa hari sebelumnya.

Balai polis kemudian menerima laporan berkenaan kemudian telah menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat kehilangan Dorothy. Di rumahnya, pihak berkuasa menemui Dorothy dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai. Hasil penelitian, polis mendapati terdapat tanda-tanda serangan terhadap mangsa.

Dorothy kemudian dikejarkan ke hosipital sebelum disahkan meninggal dunia pada pagi 30 Ogos. Siasatan lanjut oleh pihak berkuasa kemudian membawa kepada penahanan suspek berusia 14 tahun, Tyrone Harvin.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.