Scammer pukau menerusi Whatsapp

SHAH ALAM – Pukau, suatu yang tidak asing untuk masyarakat kita. Ia seringkali sebelum ini berlaku apabila seseorang mahu mencuri dan memukau menerusi komunikasi dan pandangan mata.

Namun, seperti teknologi yang semakin canggih seiring dengan peredaran masa, pukai kini sudah tidak perlu lagi cara manual sebaliknya boleh dilakukan menerusi cara menggunakan medium sosial media seperti Whatsapp.

Siapa sangka dengan hanya penghantaran pesanan suara menerusi Whatsapp seorang wanita telah kehilangan RM2,180dalam akan banknya.

Perkara itu disampaikan oleh rakan mangsa yang menularkannya kisah tersebut di Twitter baru-baru ini.

Seorang scammer dikatakan secara spontan menghantar mesej pada mulanya sebelum menghantar pesanan suara meminta kod TAC daripada mangsa dalam keadaan panik sehingga mangsa terpedaya.

Mangsa kemudiannya selepas sedar sejumlah wang dalam akaun banknya telah dipindahkan kepada nombor akaun lain membuat laporan polis walaupun sudah terlambat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.