Pemimpin PKR Digesa Minta Maaf Jika Tidak Mahu Ahli PPBM Boikot PRK Port Dickson

PORT DICKSON — Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid didesak memohon maaf kepada perdana menteri dahulu sebelum berkempen di Port Dickson.

Jika ahli parlimen PKR itu tidak berbuat demikian, 2,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin memboikot pilihan raya kecil (PRK) itu.

PPBM Port Dickson memberikan amaran itu kepada Abdullah walau menegaskan partinya tidak membantah tokoh PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ, lapor Sinar Harian.

“Kami memang tidak puas hati dengan tuduhan dilemparkan kepada Mahathir yang merupakan pengerusi parti kami. Sebab itu, kita nak Abdullah minta maaf,” kata ketua penyelarasnya Ramli Awang.

Beliau bimbang anggota PPBM berbuat demikian, yang menjejaskan peratusan keluar mengundi, jika ahli parlimen Kapar enggan memohon maaf secara terbuka.

“Kami bukan boikot Anwar bertanding. Kami sokong 100 peratus dan berikrar bekerja keras untuk membantu dalam setiap kempen diadakan sekali gus memastikan kerusi parlimen Port Dickson dapat dipertahankan,” katanya lagi.

Minggu lepas, Abdullah mempertahankan dakwaannya bahawa ada usaha menghalang Anwar menjadi perdana menteri walau memohon maaf pada Dr Mahathir dua minggu sebelumnya.

“Saya memohon maaf kepada Tun, saya minta maaf kerana kita kena hormat kepada orang tua kita, dan ia menjadi tradisi,” kata Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid kepada Malay Mail.

“[Namun] saya mempertahan apa yang saya cakap dulu, apa yang saya dakwa, setakat ini tiada yang berkata dakwaan itu tidak benar.”

Beliau mendakwa Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, terlibat menghalang Anwar menggantikan Dr Mahathir. – MalayMail

One thought on “Pemimpin PKR Digesa Minta Maaf Jika Tidak Mahu Ahli PPBM Boikot PRK Port Dickson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.