Jho Low Beri Hadiah Kepada Kim Kardashian Pula, Kereta Ferrari RM1.3j

KUALA LUMPUR – Bintang rancangan realiti televisyen, Kim Kardashian menjadi selebriti terbaru yang dikatakan menerima hadiah mewah daripada ahli perniagaan yang kini diburu polis ekoran kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low. 

Menurut laporan antarabangsa, Jho Low pernah menghadiahkan sebuah kereta Ferrari putih kepada bintang Keeping Up With The Kardashians itu dan pemain bola keranjang, Kris Humphries, yang dilaporkan bernilai AS$325,000 (sekitar RM1.3 juta).

Dilaporkan, kereta berkenaan diberi sebagai hadiah perkahwinan mereka pada 2011.

Menurut laporan, Jho Low hadir di majlis perkahwinan pasangan tersebut tetapi hanya dikenal pasti sebagai “seorang ahli perniagaan Malaysia” ketika itu.

Menguatkan lagi spekulasi, Kim pada bulan lalu dilihat tiba di sebuah majlis makan malam di Miami dengan menaiki Ferrari putih, namun ianya tidak dapat dipastikan sama ada kereta tersebut adalah kereta yang sama.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) percaya, kereta tersebut dibeli dengan dana yang diseleweng daripada 1MDB. 

Sebelum ini Jho Low dilaporkan pernah memberi hadiah mewah berupa barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM 35 juta kepada pelakon jelita, Miranda Kerr.

Selain Kim dan Kerr, antara selebriti lain yang pernah menerima hadiah dari Jho Low termasuk Swizz Beatz, Pras Michél, Nicole Scherzinger dan Leonardo DiCaprio.

Jho Low kini dipercayai sedang menyembunyikan diri di China. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.