“Bukan Tak Sabar Nak Jadi PM, Tapi…”

AYER KEROH: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai motif tersembunyi ataupun bersikap tidak sabar untuk bergelar seorang Perdana Menteri 

dengan bertanding di kerusi Port Dickson, tetapi sebaliknya mahu membantu pembaharuan Parlimen.

Presiden PKR itu berkata, beliau sudah menyatakan niatnya untuk bertanding dua minggu lalu, malah hubungannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga dalam keadaan baik.

“Matlamat saya adalah untuk ke Parlimen dan membantu rakan-rakan seperjuangan dalam merangka dasar dan rangka kerja undang-undang untuk faedah rakyat,” katanya semasa berucap di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini malam tadi.

Dalam pada itu kata Anwar, beliau tidak keberatan jika pemimpin partinya sendiri membuat kritikan, namun mereka harus ada disiplin tertentu ketika mengulas mengenai kepimpinan parti.

“Sebagai presiden, tugas saya ialah menjaga integriti dan perpaduan parti,” katanya.

Malah tambahnya, semua orang tahu bahawa terdapat persetujuan di kalangan pemimpin gabungan Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau akan bertanding di kawasan Parlimen selepas diampunkan dan dibebaskan dari penjara. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.