Video: Permohonan Faraq Joy Revfa Ditangguhkan

SHAH ALAM – Permohonan Faraq oleh bekas isteri penyanyi ketuhanan Hafiz Hamidun, Joy Revfa hari ini ditangguhkan.

Menurut peguam Joy, Nurhafiz Roslan, sepanjang prosiding berlangsung, pihaknya tidak boleh mendedahkan dan memberikan sebarang komen berkenaan fakta kerana bimbang ia akan menjadi dalam keadaan prejudis.

“Sepanjang proses sedang berjalan, kita tidak komen apa-apa berkenaan fakta dan sehingga kini, diamnya joy daripada sebarang jawapan-jawapan di media adalam di bawah arahan kami supaya kita tak nak kes ini berada dalam keadaan prejudis,”katanya ketika ditemui media di Mahakamah Rendah Syariah Shah Alam tadi.

Menurut beliau lagi, ketika ini mereka telah memfailkan  pengesahan pernikahan dan setelah perkara tersebut barulah difailkan pengesahan penceraian.

Ekoran daripada itu, beliau menekankan bahawa ia perlu diselesaikan satu persatu dan tidak boleh mendahului mahkamah yang lebih tinggi.

“Disebabkan itu, kita akan habiskan prosiding dan jawapan kepada pembelaan kita akan jawab tapi dalam masa yang sama mahakamah menasihatkan kita dan peguam-peguam supaya kita dapat selesaikan dulu satu persatu kerana ia bersangkut paut dan tidak mahu mendahui mahkamah yang lebih tinggi.

“Kita seronoklah tapi terkilanlah sebab benda yang boleh dijawab dalam pleading tiperlu dibangkitkan sebab kita tidak ada bangkitkan apa-apa fakta kerana jika dibangkitkan akan jadi sensasi tapi dia aib dan kita tak nak buat seperti itu.

“Saya berharapkan mana-mana pihak supaya berhenti menjadi hakim atau peguam di luar sana,”ujarnya.

Dalam pada itu, bagi Joy pula beliau menyerahkan kesemua hal kepada peguamnya dan brerharap agar semua mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Penangguhan saya serahkan sepenuhnya kepada mahkamah dan peguam-peguam saya kerana saya tidak boleh nak cakap apa sebab dalam bicara, doalah yang baik-baik.

“Terkilan sebab ada beberapa blog sebarkan benda-benda seperti itu yang berniat untuk jatuhkan saya dan untuk memalukan saya tapi kenapa nak dikontroversikan,”katanya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang dikatakan tidak sah apabila usahawan kosmetik berkenaan gagal memberikan surat cerai perkahwinan pertamanya selepas mereka berkahwin pada 1 Mei lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.