Video: Pelajar Terjun Tingkap Selamatkan Diri

KUALA LUMPUR – Kebakaran sebuah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini. nyata membuatkan pelajar yang terselamat trauma.

Bagi salah seorang pelajar sekolah berkenaan,  Muhd izzaruddin Roslan berkata ketika kejadian sedang berlaku, beliau sedang tidur.

Ketika api sedang marak di hadapan pintu serta bau gas menyebabkan beliau tersedar dan melihat api sedang marak kemudian berasa takut lantas mengejutkan kawan-kawannya yang lain.

“Saya terbangun bunyi gas dapur dan bau gas, dan ketika itu saya tidur di tingkat 3.

“Saya kemudian kejut budak-budak lain tapi ada yang tidak bangun.

“saya nampak api depan pintu dan besar,”katanya ketika ditemui media tadi.

Justeru, beliau yangberusia 15 tahun bertindak untuk menyelamatkan diri dan beliau memberanikan diri dan terjun daripada tingkap.

“Saya tidak dapat buka pintu depan dan saya kemudian terjun sahaja dari tingkat 2,” katanya.

Dalam pada itu, kebakaran tersebut telah meragut nyawa seramai 22 murid dan dua tenaga pengajar dari 36 orang pelajar dan 6 orang guru di pusat tahfiz terbabit dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.