Video : Jack Ma Menari Tarian Mendiang Michael Jackson

AFP melaporkan, hartawan China, Jack Ma juga Jutawan dan pengasas Alibaba yang mengadakan persembahan di hadapan 40,000 pekerjanya pada ulang tahun syarikatnya, mencuri perhatian.

Rakaman persembahan tarian Michael Jacksonnya itu turut mencuri tumpuan di laman sosial.

Rata-rata netizen memuji kebolehan yang dimiliki Jack Ma biarpun tidak setanding tarian yang dipersembahkan mendiang raja pop dunia, Michael Jackson.

Ramai memberi komen membina dan menyifatkan Jack Ma seorang yang sempoi kerana membuat percubaan tersebut.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.