Guru Sanggup Ke Rumah Jemput Murid Duduki UPSR

Tindakan beberapa orang guru yang sanggup ke rumah seorang murid untuk menjemputnya bagi menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi tular di laman sosial.

Menerusi, laman Facebook Friends of PDRM berkongsi berita itu bersama tiga keping gambar kejadian tersebut, petik Gempak.

“Syabas dan tahniah kepada guru berkenaan diatas usaha murni yang dilakukan demi kecemerlangan anak bangsa.

Hari ini seorang calon UPSR murid asli Sekolah Kebangsaan Paya Bungor belum hadir ke sekolah walaupun jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. 

Maka atas inisiatif guru Encik Khairul Nizam dan Guru Penolong Kanan Kurikulum Encik Mohd Ali, mereka datang menjenguk murid di rumah. Murid tersebut daripada keluarga yang susah, dikatakan tiada baju sekolah kerana basah.

Setelah diikhtiarkan baju untuk murid tersebut, dia dijemput ke sekolah untuk hadir menjawab kertas Bahasa Melayu pagi ini.

Mulianya pengorbanan mu wahai guru!” tulis laman Facebook Friends of PDRM.

Sikap guru-guru tersebut mendapat pujian netizen. Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan mereka itu sebagai satu usaha murni dalam mendidik anak bangsa.

Setakat ini, perkongsian tersebut mendapat lebih 300 perkongsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.