Penduduk Sungai Udang Ditimpa Hujan Air Batu

MELAKA TENGAH – Kira-kira 500 buah rumah membabitkan sembilan taman perumahan dan empat kampung di Sungai Udang di sini ditimpa hujan ais batu dalam kejadian awal pagi tadi.

 

Difahamkan, hujan ais yang berlaku jam 3.20 pagi dan disusuli ribut turut menyebabkan beberapa pokok di sepanjang jalan utama tumbang termasuk menghempap rumah ketika kebanyakan penduduk sedang tidur.

 

Menurut sumber, kejadian menyebabkan kerosakan pada bumbung rumah sebahagian penduduk di 13 taman perumahan dan kampung akibat terkena tujahan ais batu selama hampir 30 minit.

 

Sehingga jam 12 tengahari Japerun Sungai Udang menerima hampir 200 laporan daripada penduduk di kawasan sekitar berikutan rumah didiami terjejas akibat bencana alam berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.