Pemandu Teksi Ugut Jadi Pemandu Peribadi

PUTRAJAYA – Pemandu teksi tempatan mengugut akan meninggalkan perkhidmatan teksi sedia ada dan bekerja sendiri sebagai pemandu peribadi seperti Uber serta Grab.

 

Jurucakap Kesepakatan Persatuan Teksi SeMalaysia, Zailani Isausuludin menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menghalalkan dua perkhidmatan perkongsian kenderaan itu sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.

 

Beliau mendakwa pihaknya mewakili semua persatuan pemandu teksi di seluruh negara yang dianggotai lebih 70,000 pemandu teksi.

 

“Seandainya SPAD benar-benar mengatakan Uber dan Grab adalah yang terbaik di Malaysia, semua warga teksi bersedia buang teksi dan bawa kereta persendirian sama macam Grab dan Uber buat.

 

“Tak payah susah-susah lagi nak minta permit dan sebagainya, kita kena berlaku adil. Kami tentang SPAD bukan kerana kami hilang punca rezeki, tetapi mereka tidak hormati undang-undang yang digubal sebelum ini, jangan menganiaya pemandu teksi,” katanya pada satu sidang media hari ini.

 

Zailani berkata, pihaknya juga akan menyerahkan satu memorandum kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan ketua pembangkang, pada 26 September ini, bagi mendesak campur tangan mereka untuk membantu pemandu teksi.

 

“Kita sudah buat mesyuarat di seluruh negara. Jadi, kita bersetuju serah memorandum kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri, memandangkan beliau adalah menteri dalam negeri.

 

“Kita juga akan beri (memorandum) kepada wakil pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tengok siapa yang nak tolong kita.

 

“Kita nak Uber dan Grab diharamkan sehingga Rang Undang-undang digubal dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong kerana sekarang ini SPAD melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan menghalalkan Uber dan Grab,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.