Pelanggan McDonalds Dakwa Tertelan Kaca Lepas Minum ‘Ice Blended’

KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan McDonalds, Syamil medakwa adik perempuannya tertelan kaca sejurus selepas membeli ‘ice blended’ di restoran makanan segera itu semalam.

 

Menurutnya kejadian yang berlaku di McDonalds cawangan Pengkalan Station 18 di Ipoh itu disedari selepas adiknya selesai menikmati minuman tersebut.

 

“Lepas nie hati-hati gais. Pegi McD korang usya (tengok) ada tak benda nie. Semalam adik aku dah kena, berdarah trakia adik aku gais” luahnya di media sosial semalam.

 

Syamiul turut menegaskan ekoran kejadian tersebut tekak adik perempuan mengalami luka dan berdarah.

 

“Yep kat mcd. Tgh syok2 makan minum ape semua pastu dia igt ke coklat ke ape. Last baru sedar rupanya kaca. Darah teruk sml

 

“… Ice bland tu coklet. So igt ke coklat laa sedap nak makan ape semua. Pastu lama kelamaan rse sakit kt tekak pastu dah hbis ape semua baru sedar benda nie. Kesian betul,” luahnya lagi.

 

Bagaimanapun para pekerja McDonalds mendakwa Syamil hanya membuat fitnah dan bertujuan untuk menutup periuk nasi mereka.

 

Beliau kemudiannya membuat satu laporan polis bagi membuktikan bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku dan bukan sekadar rekaan seperti yang didakwa.

 

SuaraTV sedang mencuba untuk menghubungi pihak pengurusan McDonalds bagi mendapatkan pengesahan berhubung kejadian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.