Mayat Kanak-Kanak Orang Asli Lemas Ditemui

TELUK INTAN – Mayat seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berumur 10 tahun yang dilaporkan hilang selepas terjatuh di Sungai Bidor ditemukan 7.20 pagi ini.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafli Abdullah berkata mayat Sheetel Kulop, 10, ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat.

 
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 

Menurutnya, pihak anggota penyelamat melakukan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dengan mencari di permukaan air sejak malam tadi dan menutup operasi SAR pada pukul 9.20 pagi ini.

 

Semalam, upacara keagamaan bagi 30 Orang Asli dari beberapa keluarga di Sungai Bidor, Batu 6 berhampiran ladang sawit Gloster dekat sini, bertukar tragedi apabila dua budak dan seorang remaja perempuan lemas.

 

Namun dua mayat mangsa, Sherrel Kulop, 11, yang merupakan kakak kepada Sheetel dan sepupunya Norzehan Long Asing, 13, ditemukan lemas oleh anggota keluarga masing-masing tidak jauh dari lokasi kejadian.

 

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa tergelincir dari tebing sungai semasa sedang mandi dengan menggunakan gayung.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.