Mahathir Perlu Minta Maaf ‘Reka’ Tuduhan Liwat Terhadap Anwar, Kata Anak

KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad perlu meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar secara terbuka dan mengakui salah laku yang dibuatnya terhadap pemimpin pembangkang itu, mengikut puteri beliau.

 

Nurul Nuha Anwar berkata, Dr Mahathir perlu mengakui kesalahannya “mereka-reka” Anwar terlibat dalam liwat dan rasuah pada tahun 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan ketua umum PKR yang sedang dipenjarakan itu.

 

“Sebagai anak yang menyaksikan pelbagai seksaan yang dihadapi ayah saya sejak 18 tahun lalu, saya berharap agar Dr M meminta maaf secara terbuka dan mengakui beliau mereka-reka dakwaan itu.

 

“Saya rasa itu dapat mengurangkan sedikit beban yang kami sekeluarga lalui. Ia bukannya mudah tetapi anda perlu lebih kuat,” kata Nurul Nuha ketika dihubungi Malay Mail Online.

 

Dr Mahathir muncul di mahkamah pada 5 September lalu mendengar kes Anwar yang memfailkan bantahan awal terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara di Mahkamah Tinggi.

 

Namun kedua-duanya masih membisu samada pertemuan itu merupakan satu permulaan untuk mereka berdamai. – MalayMail

4 thoughts on “Mahathir Perlu Minta Maaf ‘Reka’ Tuduhan Liwat Terhadap Anwar, Kata Anak

  • September 14, 2016 at 2:23 pm
    Permalink

    Dalam agama islam kalau manusia salah dgn manusia lain dia perlu mintak maaf dgn orang to sahaja itu sudah berlaku aba bila dua pememping sudah persalaman 5/9 hari to… untuk kesalan dua2 pememping yang sy sangat disayangi sy kata x da manusia atas bumi ini semperna.apayang kelwarga datuk seri anwar di hadapi selama 17 tahun قال الله تعالى (ولئن شكرتم لأزيدنكم ولئن صبرتم لهو خير للصابرين) dan kalau kita ingat surah yusuf ( فصبرا جميل)…. yaqub AS sabar allah balaskan dia apa bila dia sabar yusuf kembali badanya dan abang2nya taubat dan kambali ke jalan yang lurus… ikhlas dari sy ustaz hji abdul baset almakki

    Reply
  • September 14, 2016 at 8:09 pm
    Permalink

    Kepala bapak kau lah cakap senang, bila kena dekat ko orang bercakap pasal agama pasal hadis pasal nabi tapi waktu buat tak fikir. melayu haprak mcm ko orang la yg banyak rosak. tak payah jadi peguambela tak bergaji. menyalak tanpa merasa keperitan keluarga mereka.

    Reply
  • September 15, 2016 at 4:10 am
    Permalink

    Tidak semua benar-benar pasti apakah Anwar benar-benar melakukan liwat tetapi banyak bukti menjurus ke situ begitu juga dengan pengakuan beberapa siswa yang pernah satu batch dengannya. Perbuatan liwat ini adalah gejala kerosakan moral yang kerap berlaku di hostel, di asrama2 Putera di antara bos dan pembantu. Bahkan golongan gay ini sudah menular di merata-rata dan kalau benar Anwar ini gay bukanlah dia seorang sahaja yang berfitrah sedemikian kerana ramai politikus yang dikenal pasti golongan gay. Pernah ditemui di gay club. Cuma kerana Anwar ini dianggap berbahaya kepada suvival politik Mahathir maka, jalan pintas diambil dibantu dengan bukti-bukti yang mampu mengukuhkan pendakwaan terhadapnya. Apakah mungkin seorang yg begitu berpengaruh seperti Mahathir melontarkan tuduhan yg tidak berasas? Mahathir mungkin membiarka sahaja salah laku ini berterusan jika nemesisnya itu tidak mengancam karier politiknya. Fikirkan.

    Reply
  • September 15, 2016 at 1:00 pm
    Permalink

    Time awal kes ni, tarikh liwat di Tivoli Villa telah diubah beberapa kali oleh pendakwa. Time ni pun kes dh boleh dibuang. Nmpk sgt nk reka2 cerita. Kpd penfitnah time tu yg masih hidup ni, minta lah ampun pd yg difitnah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.