Video:Saya Dah Tahu Seminggu Awal – Jamal Yunos

AMPANG – Pengerusi Gabungan Pertubuhan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa beliau sudah mengetahui kekecohan yang berlaku di Program Nothing To Hide 2.0  seminggu lebih awal.

Menurut beliau apa yang berlaku dalam program tersebut telah dirancang oleh Ahli Majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu sendiri.

“Sebenar apa yang berlaku pada semalam kami dah tahu awal, selepas sejam Mahathir bercakap perkara itu akan berlaku.

“Saya dapat tahu awal dan ia dirancang oleh ahli majlis tertinggi parti itu. Seminggu sebelum program tersebut kami dah tahu,”katanya ketika di temui oleh media di pejabat Gerakan NGO di sini tadi.

Ekoran daripada itu, beliau akan membuat laporan polis terhadap tuduhan yang menyatakan bahawa Umno yang terlibat dalam kekecohan semalam.

Laporan ini dibuat dalam beberapa hari lagi bagi menjaga nama baik Umno dari terpalit dengan kekecohan yang berlaku semalam.

Terdahulu, Program Nothing To hide 2.0 telah berakhir dengan kekecohan apabila beberapa individu telah memulakan provokasi dengan membaling selipar, kerusi dan suar.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.