Mahasiswi Cantik Rela Kerja Angkat Simen Untuk Biayai Pengajian

Jarang kita melihat seorang gadis yang mahu menjadi buruh dan bekerja dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki. Tetapi hal ini banyak berlaku di China.

Banyak orang yang bekerja keras dan berat dengan upah yang sangat murah. Namun demi menanggung hidup, mereka terpaksa melakukannya. Salah satu contoh adalah gadis ini yang tidak kisah menjadi pengangkat simen.

Dia melakukan pekerjaan itu setiap kali bercuti daripada belajar di universiti. Upah yang diperolehinya bagaimanapun sekadar untuk menampung kuliahnya sahaja.

Melihat kepada keadaannya, timbul rasa kesian. Semen yang diangkat itu bukannya ringan, ia seberat sekurang-kurangnya 50kg. Dia melakukannya mulai pagi.

Tapi gadis itu melakukannya dengan senyum dan ternyata dia memiliki hati yang tabah.

Siapa sangka gadis cantik yang masih menuntut di universiti ini sanggup bekerja keras demi mencari nafkah. Upah yang diperolehinya itu adalah bagi membayar wang kuliah dan perbelanjaan makan dan minum di universiti.

Selebihnya diberikan kepada orang tuanya yang sudah tua di kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.