Video: Tindakan Mahathir Untuk Naikkan Mukhriz, Wajar – Sayuti Omar

Bentong – Penulis dan penganalisa politik, Mohd Sayuti Omar menyifatkan tindakan seseorang yang mahu memastikan ‘survival’ politik anaknya adalah merupakan satu perkara yang wajar.

 

Menurutnya orang awam mungkin melihat perkara itu sebagai satu tindakan yang kotor namun di dalam dunia politik tindakan seperti itu dibenarkan.

 

 

“Kalau Tun Dr Mahathir menyerang Datuk Seri Najib untuk menaikkan anaknya itu adalah satu perkara yang wajar dalam politik.

 

“Ia bukan perkara yang salah (tapi) sekiranya ia dilihat secara umum, mungkin ia dikatakan satu perkara yang kotor dan jijik” katanya ketika ditemui sejurus selepas Majlis Pelancaran buku Syed Hussien Al-Attas bertajuk ‘Dosa-dosa Che Det’ di Wadi Hussien, Janda Baik, semalam.

 

Menurut Sayuti semua ahli-ahli politik yang mempunyai anak pasti akan melakukan perkara yang sama bagi memastikan legasi mereka diteruskan.

 

“Tapi di dalam politik itu adalah merupakan perkara yang betul dan tidak berlaku satu kesongsangan dalam politik (kerana) kalau kita lihat semua tokoh-tokoh politik ada anak masing-masing yang perlu diangkat.

 

“Perkara itu pada saya bukan satu perkara yang menghairankan dan bukan juga satu perkara yang memelikkan kalau seorang ayah cuba untuk mengangkat anaknya untuk mengikuti jejak langkahnya dan menjadi satu legasi dalam bidang yang dianggotainya” katanya lagi.

 

Terdahulu penulis politik veteran, Syed Hussien Al-Attas berkata serangan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri dipercayai kerana agenda peribadi.

 

Menurutnya Dr Mahathir mahu anak kandungnya, Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri selepas Najib dijatuhkan.

 

“Kenapa yang dia mendesak sangat tu, kot ada agenda lain… dia pun ada anak (yang) ingin juga jadi Perdana Menteri.

 

“Kalau anak Tun Razak jadi Perdana Menteri, Tun Hussien boleh jadi Perdana Menteri, takkan Mukhriz tak boleh jadi Perdana Menteri” ujar ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.