Video: Rakaman Pakcik Gila Seks Di Dalam LRT, Tersebar

Kuala Lumpur – Gila seks. Itu gambaran paling tepat terhadap perbuatan tidak bermoral seorang pakcik tua yang tanpa segan silu bertindak meramas alat sulitnya sebagai cubaan mengajak seorang wanita untuk melakukan seks.

 

Menurut mangsa, pakcik tua sengaja memilih untuk duduk di depannya sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

 

 

Berdasarkan rakaman klip video berdurasi 15 saat itu, selain mengeluarkan kata-kata lucah pakcik tua itu turut berulang kali memegang alat sulitnya.

 

Perbuatan suspek yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 50-an itu sempat dirakam mangsa sebelum dimuatnaik di laman media sosial.

 

Menurut mangsa, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan sistem transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang lewat malam tadi.

 

“Kepada semua wanita, sila berhati-hati dengan lelaki gila seks ini, saya percaya dia mengikuti saya sepanjang perjalanan ke stesen dan sengaja duduk di depan saya.

 

“Anda boleh lihat apa dia sedang lakukan dalam video ini dan bercakap banyak perkara lucah yang saya sendiri tidak sanggup untuk berkongsi.

 

“Ia adalah stesen terakhir, jadi tidak begitu ramai orang.

 

“Bayang jika lelaki ini berhenti di stesen yang sama dan ikut anda balik rumah? Saya yakin dia sudah biasa melakukan perkara ini,” tulis Wardah dalam entri tersebut.

 

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih lebih 87,000 kali yang mana rata-rata pengguna media sosial mengutuk keras tindakan lelaki terbabit, selain meminta mangsa membuat laporan polis. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.