Video: Pemuda UMNO Diguna Untuk Serang Najib – Chegubard

Bentong – Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin berkata, Pemuda UMNO telah digunakan untuk menyerang kredibiliti pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Beliau berkata, masyarakat seharusnya sedar serangan yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepimpinnan negara adalah disebabkan mereka yang dipilih olehnya dahulu enggan menjadi boneka seperti yang diharapkan.

 

 

“Kita kena ingat bahawa Mahathir melantik Pak Lah kerana Pak Lah merupakan menteri kabinet yang paling lemah sekali dan Pak Lah dipilih untuk menjadi boneka yang baik kepada Dr Mahathir.

 

“(Dulu) Mahathir kritik Pak Lah (disebabkan) Khairy ini terlalu banyak (tapi) pada hari ini Mahathir dilihat selesa dengan Khairy kerana kritikan Pemuda terhadap Najib” katanya ketika ditemui sejurus selepas Majlis Pelancaran buku Dosa-dosa Che Det di Wadi Hussien, Janda Baik, di sini, semalam.

 

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard turut mendakwa pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin telah digunakan untuk menyerang pentadbiran Najib.

 

“Saya tanpa berselindung, melihat Pemuda UMNO telah digunakan untuk menyerang Perdana Menteri dan Mahathir begitu selesa dengan (tindakan) itu.

 

“(Persoalnnya) mana semua tuduhan yang dilemparkan terhadap Khairy dahulu, (apakah) Khary telah menjadi suci? ” soalnya pula.

 

Beliau turut menegaskan pendiriannya, tidak pernah menyokong sesiapa sama ada Dr Mahathir ataupun Najib.

 

Terdahalu beberapa portal pro-UMNO mendakwa beberapa orang kepimpinan Pemuda terlibat dalam gerakan untuk mengulingkan Presiden parti itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.