Video: Lelaki Mengamuk Dikecam Pengguna Media Sosial

Kuala Lumpur -Tindakan seorang penunggang motorsikal yang mengamuk kerana nyaris dilanggar sebuah kereta mencetus kemarahan para pengguna media sosial.

 

Rata-rata mengutuk dan mengecam tindakan lelaki tersebut sambil menyifatkan tindakan itu bodoh dan bacul kerana bergaduh dengan warga emas.

 

 

Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit sepuluh saat yang dimuatnaik di laman media sosial itu, warga emas itu dilihat berulang kali meminta maaf atas kecuaian yang dilakukan.

 

Namun permintaan itu langsuntidak diendahkan oleh penunggang motorsikal tersebut.

 

Lelaki yang kelihatan marah itu dilihat bertindak kasar dengan menengking dan menghempas pintu kereta milik warga emas itu.

 

Tindakan itu menyebabkan isteri dan anaknya yang berada di dalam kereta itu menjerit ketakutan sambil menanggis.

 

Lebih memalukan tindakan lelaki berkenaan tidak menggambarkan tulisan yang tertera di bajunya ‘the sunnah the better’. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.