Rani Kulup, NGO Gesa Charlie Hebdo Minta Maaf

KUALA LUMPUR – Ikatan Rakyat Insan Muslim (IRIMM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) mendesak akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo memohon maaf atas laporan tidak beretika mengenai insiden pesawat MAS MH370.

 

Akhbar tersebut sebelum ini menjadikan berita penemuan serpihan MH370 di Pulau Reunion, Perancis sebagai bahan jenaka.

 

Menurut Express.co.uk, muka depan akhbar itu tertulis “Kami menjumpai serpihan juruterbang dan pramugari”.

 

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan Charlie Hebdo keterlaluan dan tidak menghormati keluarga mangsa dan rakyat negara ini.

 

“Apa yang dilakukan mereka adalah biadab dan tidak menghormati perasaan keluarga mangsa yang masih dalam kesedihan dan trauma,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Charlie Hebdo melalui Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur, semalam.

 

Semalam, IRIMM bersama MJMM menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil kedutaan, Timbalan Ketua Misi, Florence Mayol-Dupont.

 

Memorandum itu, bagaimanapun, mengambil masa antara tujuh dan 14 hari untuk disampaikan kepada akhbar berkenaan.

 

Pengerusi MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah turut mendesak Kerajaan Perancis memberi amaran kepada akhbar itu dan mohon maaf dengan segera. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.