Pimpinan GHB Berebut Jawatan Presiden Kata Khairuddin Secara Sinis

Kuala Lumpur – Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman hari ini secara sinis menyindir penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) pimpinan bekas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

 

Khairuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS-Paya Jaras berkata, parti baru yang bakal ditubuhkan itu sedang mengalami pergolakan wujud pergolakan dalaman serius.

 

“Dah bergaduh ke???????? Menurut sumber dalaman, khabarnya ramai yang nak jadi presiden..” tulisnya ringkas melalui status di laman Facebooknya.

 

Khairuddin sebelum ini menyifatkan tindakan 13 AJK Pemuda PAS Shah Alam yang meletak jawatan sebagai lebih berani berbanding pemimpin lain yang masih bersembunyi di sebalik jawatan dalam parti itu.

 

“Susulan pengisytiharan peletakan jawatan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Shah Alam, PAS Selangor menghormati pendirian mereka kerana perlembagaan parti membenarkan mereka berbuat demikian. Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka.
“Kita ucap syabas. Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang lantang bersama gerakan Harapan Baru tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan PAS. PAS Selangor akan meminta Pemuda PAS Selangor untuk mengisi kekosongan yang ada, menurut ketetapan perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

 

Terdahulu bekas Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan kesemua pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu akan menyertai GHB.

 

Mereka juga dikatakan akan meninggalkan PAS secara automatik apabila parti politik baharu itu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

 

Parti tersebut dikatakan akan menggantikan PAS bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain melalui apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baru.

 

Tinjauan yang dilakukan SuaraTV sebelum ini turut mendapati sokongan terhadap GHB tidaklah sehebat mana.

 

Malah majlis-majlis yang dianjurkan juga tidak mendapat sam­butan seperti yang diharapkan.

 

Walaupun ada sedikit sebanyak ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi yang berkira-kira beralih arah namun ini dikatakan masih belum mampu menggugat PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.