Penumpang Firefly Terkejut, Menteri Enggan ‘Potong Queue’

Subang –  Para penumpang penerbangan tambang murah Firefly terkejut dengan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri yang turut sama beratur ketika pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Khamis.

 

Paling menarik, apabila Ismail memilih untuk terus beratur walaupun para petugas keselamatan yang bertugas memintanya untuk potong barisan.

 

Ismail yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi UMNO itu ketika dihubungi SuaraTV dihubungi SuaraTV berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai gambarnya sedang beratur itu tersebar di media sosial.

 

“Ia berlaku pagi semalam, ketika saya dan pegawai saya dalam perjalanan ke Alor Setar dan sewaktu beratur untuk melalui pemeriksaan keselamatan, salah seorang pegawai polis yang bertugas menjemput saya untuk masuk terus.

 

“Namun permintaan itu saya tolak kerana saya lebih selesa beratur bersama-sama para penumpang yang lain” katanya kepada SuaraTV.

 

Menurut Ismail lagi adalah tidak adil sekiranya beliau memotong barisan sambil menyifatkan ia adalah perkara biasa yang diamalkan  sejak dahulu.

 

“Bagi saya tidak adil potong que sbb penumpang lain juga beratur.

 

“Sebenarnya saya tidak pernah potong barisan jika barisan panjang sekalipun, saya tetap akan beratur” katanya lagi.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan Ismail itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.