Penjaga Tokong Mati‎ Dibunuh, Di Ipoh

Ipoh – Seorang penjaga tokong ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh menggunakan objek tajam di Gunung Rapat, malam tadi.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superintendan Anuar Othman berkata, mayat mangsa berusia 77 tahun dari ditemui ahli jawatankuasa tokong yang datang ke bangunan tersebut kira-kira jam 7.30 petang.

 

Menurutnya, mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui terbaring di sudut kiri tokong dalam keadaan berlumuran darah serta cedera di kepala dan tangan.

 

Beliau berkata, bagaimanapun, tiada kesan darah ditemui di luar tokong malah barangan dalam bangunan berada dalam keadaan baik dan tidak berselerak.

 

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat pada pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian sebenar.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.