Pantang Maut Sebelum Ajal

Kuching – Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun, selamat selepas dilanggar dan digilis oleh lori simen dekat Batu 13 Jalan Kucing-Serian, hari ini.

 

Dalam kejadian pada kira-kira 8.50 pagi, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Chian Hoe Tah mengalami patah tangan kiri dan kaki kiri kerana tersepit di tayar belakang lori berkenaan.

 

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Saiful Asril Zainal berkata, penungggang motosikal itu dalam perjalanan ke stesen minyak apabila dilanggar lori berkenaan.

 

“Kami menghantar sekumpulan empat anggota ke tempat kejadian dan mendapati keadaan mangsa stabil,” katanya.

 

Chian kemudian dibawa ke Hospital Besar Sarawak untuk rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.