Note 5 & S6 Edge Plus

New York – Tanpa slot kad memori dan bateri boleh cabut seperti versi sebelum ini, Samsung melancarkan dua model telefon termasuk Note 5 dan S6 edge plus yang bersaiz 5.7 inci.

 

Note 5 mempunyai ciri S Pen yang membolehkan pengguna menaip nota atau melakar manakala S6 edge plus adalah tambahan kepada telefon dengan dua lengkung kiri dan kanan peranti terbabit.

 

Kedua-duanya datang dengan kamera 16MP dengan 5MP di depan bersama RAM sebesar 4GB LPDDR4.

 

Pada masa ini, Samsung turut membayangkan Note 5 dan S6 edge akan disediakan dengan kemudahan dua slot kad SIM.

 

Note 5 mengalami perubahan drastik di bahagian belakang apabila tidak lagi menawarkan bahan kulit sebaliknya digantikan dengan gelas.

 

Ia menggunakan pemprosesan octa core 2.1GHz bersama quad core 1.5GHz yang beroperasi pada Exynos 7 dengan cip 14nm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.