Kumpulan Pro GHB, Sindir Hadi Pakai Kasut Dalam Rumah

Umum mengetahui sebelum pemilihan Muktamar PAS pada Jun lalu, wujud dua kumpulan yang bertelagah di dalam parti politik itu.

 

Satu kumpulan menjadi pro kepada presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, manakala satu lagi kumpulan menentangnya.

 

Kemenangan Hadi dan seterunya pada pemilihan tersebut juga adalah punca utama tertubuhnya parti politik baru yang dianggotai ahli-ahli PAS yang menentang Hadi dikenali Gerakan Harapan Baru (GHB).

 

Kini, satu laman Facebook yang pro-GHB, iaitu Usin UG Ceroi, telah menyindir Hadi dengan memuatnaik satu gambar dimana kelihatan Hadi sedang memakai kasut di dalam rumah manakala tetamu lain tidak memakai kasut.

 

Gambar tersebut pada asalnya dimuatnaik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad pada 27 September 2014 merujuk Hadi berbincang dengan wakil rakyat PAS di Selangor seperti Iskandar, Zaidy Talib, dan Sallehen Mukhyi.

 

Dalam gambar tersebut, Iskandar menulis status “Bersama presiden malam ini. Senitasa merujuk kepada kepimpinan tertinggi PAS”.

 

Walaupun, gambar asal tersebut merupakan gambar lama, timbul persoalan dalam kalangan penyokong mereka mengapa Hadi memakai kasut di dalam rumah tatkala tetamu lain semuanya tidak.

 

Laman Facebook Usin UG Ceroi ini juga sentiasa menyindir secara sinis kepimpinan Hadi yang dikatakan lemah, dan juga penyokong-penyokongnya yang dikatakan terlalu taksub kepada Hadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.