Kereta Jatuh Dari Tingkat 3, Pemandu Terselamat

GEORGETOWN – Seorang pemandu wanita berada dalam keadaan kritikal selepas keretanya terjatuh dari tingkat tiga di bangunan tempat letak kereta bertingkat di sini.

 

M. Latchumani, 40, dikatakan mahu keluar dari tempat letak kereta di apartmentnya di Taman Pekaka pada jam kira-kira 12.30 tengah hari apabila beliau dikatakan tertekan pedal minyak secara tidak sengaja dan bukan pedal brek Perodua Alza lalu menghentam tembok batu dan jatuh.

 

Kejadian itu menyebabkan pemandu tersepit di dalam kereta dan pengsan.

 

Mangsa bernasib baik kerana seorang doktor kebetulan berada dekat dengan tempat kejadian dan memberi rawatan kecemasan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

 

Menurut saksi, Latchumani tersepit selama kira-kira 10 minit sebelum doktor berkenaan memberi rawatan kecemasan.

 

Letchumani dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital.

 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, mereka mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta.

 

“Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dan kami sedang mendapatkan maklumat mengenai kejadian,” katanya. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.