Kementerian Wanita Nafi Anjur Program Poligami

Kuala Lumpur – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan penglibatan pihaknya dalam penganjuran Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu seperti yang tersebar di laman sosial, hari ini.

 

Perkara tersebut dimaklumkan KPWKM dalam satu kenyataan di laman Twitter rasminya, @KPWKM, dua jam lalu.

 

Susulan itu, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung penyebaran maklumat palsu tersebut, selain dalam proses membuat laporan polis.

 

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM ) menafikan penglibatan Program Bersepadu 1Ayah 2 Ibu.

 

“Siasatan dalaman telah dijalanankan dan pihak Kementerian sedang dalam proses membuat laporan polis. Kenyataan media rasmi akan di keluarkan,” tulis kenyataan tersebut.

 

Menerusi maklumat palsu dalam program itu menyebut ia adalah program yang akan dianjurkan pada tahun depan dan pendaftaran sudah dibuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.