Kejohanan Badminton Dunia: Cabaran Beregu Wanita Berakhir

Jakarta- Beregu wanita negara, Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho gagal menyekat kemaraan pasangan tuan rumah, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii selepas mencatat kekalahan 21-11 dan 21-11, sebentar tadi di Stadium Tertutup Senayan.

 

Memetik laporan Berita harian, pada aksi suku akhir tadi, gandingan Indonesia yang hadir selaku pilihan ketujuh itu hanya memerlukan 38 minit untuk menewaskan Amelia-Fie Cho.

 

Amelia-Fie Cho sebelum ini mencipta kejutan dengan menewaskan pilihan utama dari Jepun, Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahashi, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.