Bos ‘Terlajak Laris’, Pakai Kereta Rolls-Royce

Kuala Lumpur – Pengasas produk kecantikan dan kesihatan terkenal D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman semalam berkongsi detik indah dalam hidupnya apabila impian untuk memiliki sebuah kereta mewah jenama Rolls-Royce, akhirnya tercapai.

 

Terkenal dengan tagline, Terlajak Laris, Aliff menerusi laman sosial Facebooknya malam tadi memuat naik gambar beliau yang memakai kain pelekat dan berselipar bersama anak-anaknya di samping kereta baharunya itu.

 

Beliau dalam kenyataan tersebut berkata, gambarnya bersama kereta mewah itu dikongsi bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk.

 

Sebaliknya, beliau berharap ia menjadi motivasi kepada orang ramai khususnya mereka yang terlibat dalam perniagaan supaya tidak mudah putus asa.

 

Aliff turut mengimbau kembali saat-saat kesukaran ketika mula berjinak dalam perniagaan menyatakan adalah perlu untuk seseorang itu mempunyai keazaman untuk mengubah hidupnya.

 

“…Alhamdulillah impian abg tercapai hari ni utk memiliki kereta idaman iaitu Rolrose… selalu tngok filem org puteh ada kete ni jd nak juga merasa ….bukan tujuan untuk menunjuk jauh sekali meriak…

 

“Hanya utk memberi semangat bahawa kpd smua khususnya peniaga melayu wanita dan lelaki kita boleh berjaya walaupun siapapun anda!! yg pnting kita perlu berusaha bukan hanya khayalan dan angan2…,” katanya dalam entri tersebut dikongsi 13 jam lalu.

 

Beliau turut mengingatkan para usahawan muda supaya tidak terpengaruh dengan skim cepat kaya, sebaliknya perlu mengikut aliran yang betul dalam menjalankan perniagaan.

 

“Ingat jangan main no ekor atau skim cpt kaya sbb yg cepat naik cepat juga jatuh….

 

“Jd ikutlah aliran yg betul dlm perniagaan..jgn sampai yg dikendong x dapat yg dikejar berciciran dan fokus terhadap apa jua yg dilakukan dan Insya Allah ada rezeki menanti.

 

“Allah sangat sayangkan hambaNya yg rajin berusaha,” tulisnya lagi.

 

Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa kagum terhadap kejayaan Aliff termasuk berjaya memiliki kereta idamannya.

 

Malah, pengguna media sosial turut memuji sikap rendah diri pengasah produk kecantikan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.