Blogger Maut Ditetak, 2 Ditahan

Dhaka – Polis Bangladesh telah menahan dua anggota disyaki kumpulan Islam bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam seorang blogger sekular, Niloy Chakrabarti, lapor AFP.

 

Mangsa ditemui mati di rumahnya di Dhaka Jumaat lalu yang merupakan blogger keempat maut ditetak tahun ini.

 

Polis berkata, mereka yang ditahan adalah Saad-al-Nahin dan Masum Rana ,telah mengaku merupakan anggota Ansarullah Bangla Team (ABT), salah satu daripada dua kumpulan yang mendakwa melakukan pembunuhan itu.

 

Nahin yang pernah menghadapi tuduhan cubaan membunuh berkaitan serangan tahun 2013 ke atas blogger Asif Mohiuddin. Beliau telah diikat jamin apabila ditangkap.

 

“Polis akan meminta mahkamah untuk mendapatkan kebenaran untuk menahan mereka selama 10 hari untuk soal siasat pada hari Jumaat,” menurut satu kenyataan.

 

Chakrabarti adalah blogger sekular keempat dibunuh sejak Februari apabila warganegara Amerika Syarikat kelahiran Bangladesh Avijit Roy telah dibunuh mati di Dhaka.

 

Dalam status di Facebook Mei lalu, Chakrabarti berkata beliau telah diikuti oleh dua orang lelaki muda, namun pihak polis menolak aduannya itu dan menasihati beliau untuk meninggalkan negara ini.

 

Bangladesh telah dikritik kerana gagal melindungi blogger sekular. Aktivis menyuarakan kemarahan minggu ini apabila ketua polis negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.