Bas Menjunam Ke Dalam Gaung, Ragut 16 Nyawa

Phnom Penh – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 23 yang lain cedera apabila sebuah bas menjunam daripada jalan gunung, semalam, kata polis.

 

Ketua Polis Daerah, Hing Pheung dipetik sebagai memberitahu AFP, mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada wanita berusia dalam lingkungan 50-an dan 60-an dalam perjalanan keagamaan sepanjang sempadan Kemboja-Thailand.

 

Bas yang dalam perjalanan itu tiba-tiba tersasar daripada jalan dan menjunam ke dalam Pergunungan Dangrek dan merempuh gaung.

 

“Seramai 12 orang mati di tempat kejadian dan empat lagi mati ketika berada di hospital manakala 23 orang yang cedera dirawat di hospital.

 

Pemandu yang terselamat, patah kaki dan dia dikatakan cuai.

 

“Dia memandu terlalu laju ketika melalui kawasan gunung dan gagal mengawal kenderaan ketika ia melewati selekoh dan akhirnya bas terbabit menjunam ke dalam gaung,” kata Hin Pheung.

 

Semua penumpang yang menaiki bas terbabit adalah rombongan penganut Buddha pagodas yang merupakan warga Kemboja.

 

Jalan raya di kemboja terkenal berbahaya dengan lebih daripada 2,000 terbunuh dalam kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.

 

Pada bulan Mei sekurang-kurangnya 18 pekerja pakaian Kemboja terbunuh dan 21 cedera apabila bas yang merempuh van yang mengangkut mereka untuk bekerja di wilayah timur Svay riêng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.