Anwar Akui ‘Makan Hati’

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ‘makan hati’ sepanjang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

 

Kenyataan itu diberikan beliau ketika ditanya wartawan mengenai perubahan fizikalnya.

 

“Kurus bukan kerana lapar tapi kerana menahan hati ,” katanya ketika ditanya sekumpulan pemberita apabila keluar dari Mahkamah Tinggi hari ini.

 

Sebelum itu, Ketua Umum PKR itu dibawa sebagai saksi dalam kes saman fitnah bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap parti itu.

 

Anwar terpaksa merengkok selama lima tahun dalam penjara selepas didapati bersalah meliwat pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.