Kerajaan Khalid Ibrahim Tumbang Di Selangor, 30 ADUN Pakatan Bersama Wan Azizah

Subang – Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebentar tadi mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

“Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

“Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru,” katanya di dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Wan Azizah turut mengesa agar Khalid segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana telah hilang sokonga majoriti ahli dewan.

Menurutnya lagi, PKR telah memutuskan dirinya untuk mengisi jawatan tersebut.

“Pendirian mereka ini dinyatakan secara bertulis di dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 Adun selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan itu.

“Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti di dalam Dewan Negeri sekurang-kurangnya sebanyak empat (4) orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.” ujarnya lagi.

Azizah turut menegaskan agar Khalid memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai Menteri Besar.

Hadir sama pada sidang akhbar itu suami Wan Azizah, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid sebelum ini mengharapkan sokongan bulat ADUN PAS dan UMNO untuk mengisytiharkan diri beliau sebagai MB yang masih mempunyai majoriti dalam DUN Selangor.

Jawatakuasa Pusat PAS hanya akan membuat ketetapan muktamad sama ada menyokong Khalid pada Ahad ini. Khalid dipecat daripada PKR namun enggan berundur sebagai MB setelah mendapat sokongan pimpinan teratas PAS termasuk Majlis Syuranya.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), BN (12) dan Bebas satu kerusi.

Ramai pihak berpendapat dengan perkembangan ini, Abdul Khalid yang kini menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang bakal mengetahui nasibnya menerusi dua kaedah iaitu undian sulit di hadapan Sultan dan juga usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos kerana mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sejak 13 Mac 2008.

 

Berikut adalah senarai ADUN Selangor yang menyokong Wan Azizah:

 

1. Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kawasan: ADN N4 Kawasan Sekinchan

2. Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kawasan : ADN N6 Kuala Kubu Baharu

3. Y.B. Tuan Idris Bin Ahmad
Kawasan : ADN N11 Ijok

4. Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kawasan : ADN N14 Rawang

5. Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kawasan : ADN N16 Batu Caves

6. Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kawasan : ADN N18 Hulu Klang

7. Y.B. Tuan Mohamad Azmin Bin Ali
Kawasan : ADN N19 Bukit Antarabangsa

8. Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kawasan : ADN N22 Teratai

9. Y.B. Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail
Kawasan : ADN N25 Kajang

10. Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kawasan : ADN N27 Balakong

11. Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kawasan : ADN N28 Seri Kembangan

12. Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kawasan : ADN N30 Kinrara

13. Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kawasan : ADN N31 Subang Jaya

14. Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kawasan : ADN N32 Seri Setia

15. Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kawasan : ADN N33 Taman Medan

16. Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran
Kawasan : ADN N34 Bukit Gasing

17. Y.B. Tuan Lau Weng San
Kawasan : ADN N35 Kampung Tunku

18. Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kawasan : ADN N36 Damansara Utama

19. Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kawasan : ADN N37 Bukit Lanjan

20. Y.B. Tuan Haji Yaakob Bin Sapari
Kawasan : ADN N40 Kota Anggerik

21. Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kawasan : ADN N41 Batu Tiga

22. Y.B. Dr. Puan Daroyah Binti Alwi
Kawasan : ADN N43 Sementa

23. Y.B. Dato` Teng Chang Khim
Kawasan : ADN N44 Sungai Pinang

24. Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kawasan : ADN N47 Pandamaran

25. Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman
Kawasan : ADN N48 Kota Alam Shah

26. Y.B. Tuan Dr. A. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
Kawasan : ADN N49 Seri Andalas

27. Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei
Kawasan : ADN N50 Sri Muda

28. Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kawasan : ADN N52 Teluk Datok

29. Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kawasan : ADN N53 Morib

30. Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kawasan : ADN N56 Sungai Pelek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.