SPAN Tubuh Jawatankuasa Khas Teliti Projek

Kuala Lumpur – Lebih 800 projek melibatkan pelbagai sektor dilaporkan tertangguh dan gagal mendapatkan kelulusan berikutan krisis bekalan air yang berlaku di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Justeru, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti projek-projek pembangunan yang tertangguh termasuk projek perumahan, kilang dan projek komersial.

Pengarah Eksekutif SPAN, Mohd Ridhuan Ismail berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan awal tahun ini dan dianggotai kerajaan negeri dan operator pengeluaran air di tiga negeri berkenaan.

“Jawatankuasa khas ini akan meneliti setiap permohonan dan prinsip-prinsip kelulusan yang boleh diberi terutama kepada permohonan (projek) yang kecil yang telah diberi kelulusan terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama selepas sesi wawancara ’Dalam Radar’ terbitan Radio24 di Wisma Bernama, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai situasi semasa bekalan air di Selangor, beliau berkata, setakat ini bekalan air dilaporkan masih di tahap kritikal namun bertambah baik ekoran hujan sejak beberapa hari lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.