Saya dan Anak-anak Bahagia Tanpa Rozana – Awie

Masalah rumah tangga penyanyi dan pelakon, Awie dan isterinya menjadi perhatian umum baru-baru selepas vokalis kumpulan Wings itu berdepan dengan tuduhan penyebab kecederaan isterinya yang dibuktikan melalui beberapa keping foto.

Walau bagaimanapun mahkamah telah memutuskan Awie untuk mendapat hak penjagaan sementara ketiga-tiga anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dia mengakui kehidupannya tidak banyak berubah selepas tidak tinggal bersama dengan isteri dan bersyukur kerana mendapat hak penjagaan anak oleh mahkamah.

“Tiada apa yang berubah selepas kami tidak tinggal bersama. Cuma bula Ramadhan yang lalu buat pertama kali dalam hidup saya bangun pagi dan masak sahur untuk anak-anak.

“Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila masa rehat saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka,” ujar Awie seperti dipetik menerusi Sinar Harian.

Tambah Awie lagi, anak-anak hidup ‘happy’ bersamanya dan dia hanya mahu kembalikan hak mereka yang hilang demi.

“Alhamdulillah anak-anak tak pernah komen apa-apa. Raya baru-baru ini mereka nyatakan hasrat nak pergi Legoland jadi saya bawa mereka ke sana.

“Kehidupan kami ‘happy’ dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang telah hilang. Segala kerja keras saya selama ini adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang.

Dalam pada itu Awie melahirkan rasa bersyukur kerana hak penjagaan anak-anak diberikan kepada dirinya dan mahu melihat anak-anak membersar di depan mata.

“Syukur hak penjagaan anak diberikan kepada saya. Saya mahu lihat mereka membesar dan apa-apa berlaku biar di depan mata saya. Mereka nyawa saya, dunia dan akhirat,” tambah Awie.

Selain tiga anak hasil perkahwinan dengan Rozana, dua anak perempuan hasil perkahwinan dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, dan Puteri Aleefa Antasha, 12 turut dijaga oleh Awie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.