Pembunuh Pegawai AmBank Dihukum, Gantung Sampai Mati

Shah Alam – Bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode Ardi Rasila dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.

Dalam keputusan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

La Ode, 37 tahun didakwa membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37 tahun.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya,antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.