Mufti Iran Selar Kumpulan Pelampau

Beirut – Mufti Besar Lubnan yang baru dilantik Sheikh Abdel Latif Derian, menyelar kumpulan pelampau di rantau ini.

Sheik Abdul Latif ketika berucap selepas keputusan pemilihannya menyatakan semua umat Islam di Lubnan untuk bersama berhadapan dengan pelbagai masalah kumpulan pelampau.

Beliau memperoleh 74 undi daripada 93 undi dalam pemilihan dan memulakan tugas secara rasmi pada 15 September depan.

Beliau menentang Ketua Mahkamah Sunni di Baabda, Hakim Sheikh Ahmad Darwish al-Kurdi, yang memperoleh sembilan undi.

“Agama kita adalah agama kesederhanaan, toleransi dan penyatuan bersama,” kata Sheik Abdul Latif yang menekankan bahawa pelampau tidak pernah baik bagi umat Islam dan dunia Islam.

Selepas pemilihan, bekas Perdana Menteri Saad Hariri, yang kembali ke Beirut awal minggu ini selepas tiga tahun dikenakan buangan di Arab Saudi, mengucapkan tahniah kepada Mufti Besar yang baru dilantik ini.

“Ia adalah hari yang diberkati, di mana kita berkumpul dan bersatu sebagai orang Islam di Lubnan,” ujar Hariri.

Memetik laporan Al Arabiya News, Lubnan kini dalam usaha menangani beberapa isu politik dan keselamatan yang mengancam kestabilan negara-negara jiran di rantau ini.

Dr Haytham Mouzahem, seorang penganalisis politik Lubnan dan pakar dalam pergerakan Islam, memberitahu Al Arabiya News, Sheikh Abdel Latif Derian dianggap akan dapat meneruskan kesinambungan bekas mufti terdahulu, Mohammad Rasheed Qabbani.

“Dia rapat dengan Mufti Qabbani. Dia boleh memainkan peranan sederhana untuk berpihak kepada bekas Perdana Menteri Saad al-Hariri, ” katanya.

Media melaporkan pada awal minggu ini Hariri kembali ke Lubnan adalah satu kejutan bagi rakyat Lubnan.

Bagaimanapun dilaporkan Qabbani mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan massa negara itu walaupun hubungan menjadi semakin buruk di saat berakhir tempoh perkhidmatan beliau membawa kepada keretakan hubungan Mesir dan Arab Saudi ekoran daripada perjanjian dilakukan antara Qabbani dan kumpulan Gerakan Massa.

Peranan Sheikh Abdel Latif di Lubnan dianggap akan menjadi boneka dalam masyarakat Sunni dan dijangka beliau merapatkan jurang mazhab dan meningkatkan toleransi dan kewujudan bersama.

“Agama kita adalah agama kesederhanaan, toleransi dan kewujudan bersama,” katanya selepas dilantik sebagai mufti.

Beliau bercakap tentang kesederhanaan memandangkan pertempuran yang berlaku di sebuah perkampungan Arsal di sempadan Lubnan di mana tentera Lubnan memerangi militan Islam sejajar dengan affiliate al-Qaeda Nusra Front dan Negara Islam Iraq dan Syria (keduanya kini sering dirujuk sebagai Negara Islam).

Cabaran besar mufti baru dilantik ini akan bertindak sebagai wakil sah penduduk Sunni di Lubnan.

Sunni Lubnan mempunyai reputasi untuk menjadi lebih sederhana daripada yang lain di rantau ini tetapi di beberapa kawasan seperti utara Tripoli telah mula memanggil ‘Negara Islam’ dan menyatakan perpaduan dengan kumpulan militan untuk memerangi tentera Lubnan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.