Keputusan Perlawanan: Piala Malaysia

Kuala Lumpur – Kebangkitan yang diharap Terengganu pada babak kedua tidak kesampaian apabila tumbang 2-3 kepada Sarawak pada aksi pembukaan Piala Malaysia Kumpulan B di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi.

Sarawak yang belum pernah menjuarai Piala Malaysia memperoleh gol awal menerusi pemain import, Ryan Griffiths pada minit ke-10 sebelum meledak gol kedua peribadi pada minit ke-31.

Ketika wisel separuh masa pertama hampir ditiup, S Chanturu menyumbat masuk gol ketiga tuan rumah untuk selesa mendahului 3-0.

Masuk babak kedua, juara 2001 Terengganu cuba bangkit dan berjaya memperoleh gol pertama menerusi Mario Karlovic pada minit ke-59 sebelum Zairo Anuar Zailani menyumbat masuk gol kedua pada minit ke-72 namun tiada jaringan tambahan berjaya dijaringkan.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B, Perak yang menanti kunjungan Kedah mencatat kemenangan 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Milan Purovic meletakkan Perak di depan seawal minit ke-10 namun Kedah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Billy Mehmet seminit sebelum babak pertama berakhir.

Namun jaringan Hafiz Ramdan pada minit ke-52 kembali menceriakan penonton Perak dengan tiada gol berjaya dihasilkan sekalipun kedua-dua pasukan memiliki beberapa peluang terbaik.

Di Stadium MP Selayang, juara Liga Perdana, PDRM mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Sime Darby di bawah bimbingan jurulatih baru, Azman Adnan.

Gol PDRM dijaringkan Ali Ashfaq (m16/48) dan Bobby Gonzalez (m34).

Kumpulan B
– Sarawak 3 Terengganu 2,
(Stadium Negeri, Kuching)

– Perak 2 Kedah 1,
(Stadium Perak, Ipoh)

Kumpulan D
– Sime Darby 0 PDRM 3,
Stadium MP Selayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.