Kanak-Kanak Sesat Dalam Hutan Selama 12 Hari

Siberia – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dilapor hilang berjaya ditemui selamat selepas sesat 12 hari dalam hutan Siberia.

Menurut laporan Metro UK, Little Karina dilaporkan hilang selepas mengembara sendirian.

Ketika itu, ibunya menyangka dia telah dijemput oleh bapanya yang merupakan anggota bomba tempatan dan tidak menghubunginya sepanjang tempoh berkenaan.

Kali terakhir Karina dilihat adalah ketika kanak-kanak itu berjalan menuju ke arah hutan bersama anjing kesayangannya.

Selepas berita kehilangannya tersebar, pelbagai agensi dan jabatan penyelamat dikerahkan untuk operasi mencari dan menyelamat Karina membabitkan 60 anggota penyelamat, helikopter dan anjing pengesan.

Operasi dijalankan sepanjang 30 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.

Penduduk tempatan juga menyertai anggota profesional bagi mencari Karina di sekitar hutan dan tanah paya Siberia yang biasa dilalui oleh pengembara.

Karina kemudiaannya dijumpai dalam keadaan selamat dalam belukar, namun kelihatan letih dan ketakutan.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke hospital tempatan di Republik Yakutia, Rusia dengan helikopter dan dilapor berada dalam keadaan stabil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.