Blogger Guna Video Lucah, Fitnah Gobing Singh Deo?

Kuala Lumpur – Seorang blogger yang dikenali sebagai Sangkakalajari9 dilihat cuba mengunakan rakaman video lucah untuk memfitnah ahli parlimen pembangkang.

Dia yang dikatakan sebagai pejuang siber, dilihat cuba mengunakan rakaman video lucah bagi mengaitkan ahli parlimen pembangkang yang dikatakan dari Selangor.

“Sangkakala telah didatangi oleh seorang lelaki yang mengatakan bahawa beliau memiliki video hubungan sex seorang ahli parlimen pembangkang dalam negeri Selangor” ujarnya melalui entri yang bertajuk ‘Video Sex Ahli Parlimen Pembangkang Bocor’.

Walaupun dia tidak menamakan secara khusus pelaku video lucah itu, namun melalui komentar entri tersebut pembaca blognya secara jelas cuba mengaitkan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Namun menurut sumber yang telah menonton video lucah tersebut, pelaku di dalam rakaman tersebut adalah merupakan pelakon aksi lucah dari barat.

“Sekali imbas, mungkin ada yang menyangka ia dilakukan oleh wakil parlimen DAP itu, namun apabila diteliti lelaki tersebebut bukan Gobind.

“Blogger UMNO seharusnya belajar dari kesilapan lalu, dan tidak lagi menggunakan pendekatan lucah dan murah seperti ini untuk menarik simpati” ujarnya lagi.

Paling menarik ini bukan kali pertama blogger tersebut menggunakan pendekatan fitnah dan tidak beretika.

Dia sebelum ini pernah didakwa memfitnah dan memburuk-burukkan vokalis kumpulan Wings, Awie dengan masalah rumah tangganya.

“Berdiam diri lebih baik. Bercakap banyak ni perangai syaitan…Siapa penulis blog itu? Mengapa dia gunakan nama samaran jika dia berkata benar? Tunjukkanlah diri…

“Lagipun siapa dia untuk menulis tentang rumah tangga orang lain? Cara dia menulis seolah-olah dia tidur sebantal dengan isteri saya” ujar Awie.

Malah hasil maklumat yang diterima, laporan polis juga pernah dibuat keatasnya kerana didapati memfitnah seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Blogger itu juga secara melulu menuduh kononnya menjadi amalam biasa dalam kalangan para pegawai kanan perkhidmatan awam PMO meminta imbuhan bagi melaksanakan kerja atau tugas tertentu.

Difahamkan laporan polis itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengenalpasti dalang yang terlibat membuat fitnah tersebut.

Laporan polis juga dibuat bertujuan untuk mempertahankan dan mengembalikan integriti, profesionalisme dan reputasi para pegawai PMO secara keseluruhannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.