Bapa Bersyukur, Jenazah Mohd Ali Siap Sedia Dibawa Pulang

Pagoh – Keluarga Md Salim Sarmun, 65, bapa kepada Mohd Ali Md Salim, 30, penuntut Malaysia di Belanda yang meninggal dunia selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dinaikinya ditembak jatuh di Ukraine, pada 19 Julai lalu, kini bersiap sedia menunggu jenazah dibawa pulang.

Md Salim ketika ditemui berkata, dua pegawai MAS datang ke rumahnya pada jam 8.30 malam, Sabtu lalu dan memaklumkan berita terkini dan pengesahan jenazah Mohd Ali hasil ujian DNA di Belanda. 

Bagaimanapun, katanya, pegawai MAS terbabit tidak dapat memastikan tarikh sebenar jenazah akan dibawa pulang. 

“Kami reda dan bersyukur kerana akhirnya segala pertanyaan berhubung status sebenar arwah sudah disahkan.

“Kami sekeluarga kini membersihkan rumah dan menunggu kepulangannya dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.