Azizah Umum Sokongan Majoriti Untuk Jadi MB

Shah Alam – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 12 tengah hari ini.

Sidang media itu diadakan bertujuan untuk memberitahu sokongan majoriti yang diperolehnya bagi menjadi Menteri Besar Selangor.

Kemelut jawatan Menteri Besar ini sudah berlarutan sejak Mac lalu.

Terbaharu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat lima Exco PKR-DAP ekoran mereka menganggap beliau sebagai Menteri Besar “peralihan” sementara menunggu pelantikan calon baru Pakatan Rakyat untuk mengisi jawatan itu.

Pemecatan kelima-lima exco DAP dan PKR itu sah kerana mendapat perkenan Sultan Selangor.

Mereka adalah Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan), Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).

Namun Exco PKR Rodziah Ismail meletakkan jawatan daripada kabinet Khalid pagi tadi walaupun dialu-alukan oleh menteri besar Selangor itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.