Kes Covid-19 di Wilayah Persekutuan Terkawal dan Dijangka Turun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP), Tan Sri Annuar Musa menjangkakan penurunan kes positif Covid-19 di Wilayah Persekutuan minggu ini apabila penduduk di ibu negara telah mencapai peratusan suntikan yang tinggi.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan, majoriti kes di Wilayah Persekutuan adalah disebabkan kontak rapat positif apabila pesakit gagal mematuhi peraturan kuarantin kendiri selain jangkitan di tempat awam dan juga pejabat.

“Berikutan kes positif COVID-19 yang begitu tinggi di Selangor seperti dilaporkan, saya mengarahkan Pusat CCMC-WP memperincikan kes di Wilayah Persekutuan supaya langkah lebih tepat dan berkesan dapat diambil.

“Selain disebabkan kontak rapat positif, 18.5 peratus pula iaitu hampir 300 kes positif COVID-19 membabitkan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang secara umumnya mula bertambah baik.

“Majoriti kes positif di PKPD dan kontak rapat isi rumah dikuarantin di rumah menyebabkan penularan kepada ahli keluarga.

“Manakala 24 peratus lagi adalah kes sporadik dalam kalangan komuniti yang tidak diketahui punca jangkitannya namun berkemungkinan didorong oleh transmisi daripada varian Delta yang lebih mudah berjangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara faktor lain menyumbang kes di Kuala Lumpur ialah 1.5 peratus di tapak binaan membabitkan tiga kluster dan 1 peratus kes import.

Annuar berkata, CCMC-WP akan memantau situasi berkenaan termasuk melaksanakan langkah tertentu, terutama berkaitan peraturan kuarantin di rumah sendiri yang dirasakan tidak sesuai diteruskan.

Beliau berkata, CCMC-WP juga akan mengambil tindakan menutup tapak bina yang terdapat kes positif.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat