Covid-19 : Peningkatan Kes Di Negeri Sembilan Disebabkan Saringan Bersasar

- Advertisement -

SEREMBAN: Peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sembilan yang mencecah lebih 1,000 kes hari ini, adalah berikutan saringan bersasar dilakukan pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata, pihaknya menganggarkan kes COVID-19 bagi tempoh tiga atau empat hari ini, akan berada dalam lingkungan 750 hingga 1,000 kes.

Beliau berkata tiga kategori utama yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah daripada kluster sedia ada, kontak rapat dan kes sporadik.

“Jangkitan wabak dalam tiga kategori ini adalah sangat ‘rampant’, sebagai contoh jangkitan COVID-19 di Nilai berikutan kes rentas negeri, kerana mereka tinggal di Nilai dan bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya kepada Bernama di sini.

Veerapan turut meminta masyarakat di negeri itu, supaya sentiasa peka dengan situasi semasa dan bersama-sama mencegah penularan wabak berkenaan, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Hari ini, Negeri Sembilan merekodkan 1,033 kes baharu positif COVID-19 dan daripada jumlah itu, 528 adalah kes sporadik.

— BERNAMA

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat