Malaysia Ada Dua Ketua Hakim Negara Di Masa Yang Sama?

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menjelaskan bagaimana Tan Sri Richard Malanjum boleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 Julai yang lalu sedangkan khidmat Tun Md. Raus Sharif hanya akan berakhir pada 1 Ogos ini.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, meskipun Raus telah menyerahkan notis peletakan jawatan yang berkuatkuasa pada 1 Ogos dan sedang berada dalam tempoh bercuti, beliau masih memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

Malah katanya, disebabkan pelantikan Richard berkuatkuasa dengan serta-merta, kerajaan ketika ini mempunyai dua orang Ketua Hakim Negara.

“Memandangkan pelantikan Tan Sri Richard Malanjum berkuatkuasa secara serta-merta, ini bermakna dari pukul 9.30 malam pada 11 Julai 2018 hingga 12 tengah malam pada 31 Julai 2018, terdapat dua orang Ketua Hakim Negara. Adakah pelantikan tersebut sah?

“Dikatakan juga bahawa Tan Sri Raus diberi ‘garden leave’ yang bermaksud bahawa beliau telah diarahkan untuk tidak melakukan sebarang kerja semasa tempoh notis itu tetapi masih dibayar gaji. Tan Sri Raus masih Ketua Hakim Negara walau apa pun pandangan seseorang mengenai pelantikannya, malah pelantikannya tidak (pernah) diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN

One thought on “Malaysia Ada Dua Ketua Hakim Negara Di Masa Yang Sama?

  • July 16, 2018 at 9:14 am
    Permalink

    Tun M tahu apa yg dibuat tak pun sibuk2lah jaga diri sudahlah ya……sibuk2 hal buat apa?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.